Selasa, 26 Julai 2011

ayah...

lama sudah aku tak singgah ke blog aku ini..xde cerita yang ingin aku kongsikan..tapi semenjak beberapa hari ini, aku sentiasa terkenangkan arwah ayahku..kembalinya dia ke Rahmatullah pada 11 oktober 2010..seperti baru semalam kami menangisi pemergiannya untuk selama-lamanya itu...seperti baru semalam dia meninggalkan kami....kesedihannya masih terasa..kesedihannya masih dikenang...masih dirasai...terutamanya oleh ibu ku...yang telah hidup sebagai isteri kesayangannya selama 27 tahun...

arwah seorang yang kelakar...dan ceria...dia sangat menyayangi anak2nya..aku masih ingat lagi, dia akan sgt mrh, kalau kami menyakiti hati ibu... ibuku , aku xtahu adakah sekarang dia masih menangis selepas solat, atau menangis sorang2 di tempat tidur ayah..ataupun menangis sendirian di tengah malam tatkala terjaga daripada tidur kerana terlalu rindukan arwah ayah..dalam 4 bulan pertama, dia selalu menangis...aku faham perasaan itu...sebagai seorang yang pernah beberapa kali putus cinta (cinta monyet atau beruk :p) , kesedihan amat terasa..itu putus cinta hidup..masih boleh lihat dari jauh atau masih boleh contact sesekali.
tapi ini putus cinta mati...macammana nak contact, call atau sms kalau rindu sesekali? macam mana nak luahkan perasaan rindu itu jika tiba-tiba datang dalam hati..?
rindu...rindu sangat sakit...jikalau tidak boleh diluahkan..jikalau tidak boleh dilepaskan pada yang dirindui...dan rindu itu sangat sakit jika cuma bertepuk sebelah tangan...
aku sangat merindui arwah ayah...aku terkilan sebab x pernah meluahkan yang aku sangat sayangkan dia...
di waktu itu, syaitan menusuk hati kita dengan perkataan KALAU...kalau itu, kalau ini...
aku juga sangat sedih kerana ayahku tidak sempat untuk melihat anakku yang pada masa itu aku kandungkan...dia telah pergi dulu sebelum sempat menatap wajah cucu perempuan anak sulungnya ini...
dia sendiri beritahu aku, bahawa dia ingin sekali menjaga aku semasa dalam pantang, semasa diurut...dia sendiri ingin sekali mengurutku...tapi apakan daya...Allah lebih mengetahui...Dia menjemput ayah berjumpaNya sebelum hasrat ayah tercapai...
rumah x siap....xlengkap...
sebab selama ini ayah yang membinanya....di kala dia masih sakit pun, dia tetap berusaha untuk membinanya sedikit demi sedikit...

nanti aku sambung lagi...ada kerja yang perlu disiapkan...

Khamis, 17 Februari 2011

Beberapa perkara penyebab kesusahan dan kemelaratan

Membakar kulit bawang merah atau bawang putih

Tidur meniarap

Menyapu rumah di waktu malam

Menyapu dengan kain

Tidak membersihkan rumah

Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung

Duduk di atas tangga

Bersandar pada salah satu daun pintu

Berwudhuk di tempat buang air

Menjahit baju yang sedang dipakai

Mengeringkan muka dengan baju

Berdiri sambil bercekak pinggang

Tidur tanpa pakaian

Makan dalam keadaan junub

Cepat-cepat keluar dari masjid sesudah solat subuh

Pagi buta pergi ke pasar; dan

Pulang terlambat dari pasar

Mendoakan yang tidak baik bagi org tua, anak dan pemimpin

Tidak suka menutupi bekas

Memadamkan lampu dengan nafas

Membuang kutu dalam keadaan hidup

Mencuci kaki dengan tangan kanan

Kencing pada air yang bertakung

Memakai seluar sambil berdiri

Memakai serban sambil berdiri

Mandi junub di tempat kencing atau najis

Makan dengan dua jari

Berjalan di antara kambing

Berjalan di antara dua perempuan

Berbekam pada hari ketujuh belas

Terlalu banyak mempermainkan janggut

Menghubungkan jeriji tangan di sekeliling lutut

Meletakkan tapak tangan di hidung

Memotong kuku dengan gigi

Membuka aurat di muka matahari atau bulan

Buang air besar atau kecil dengan menghadap kiblat

Menguap di waktu solat (sume org wat ni..heheh)

Berludah dalam jamban atau dalam abu(bakaran)

Meletakkan tangan di atas pipi ketika duduk atau bertongkat dagu

       Dan yang lebih besar dari yang tersebut di atas ialah :

Meremehkan solat

Meremehkan apa-apa yang terjatuh pada hidangan

Tidak membaca bismillah ketika makan

Banyak makan dan banyak berdusta

Memakai sandal (kasut) didahului kiri sebelum yang kanan atau berlainan warna dan saiz

Makan di atas pinggan yang terbalik atau bijana (bekas makanan dan minuman) yang retak atau kemek